#1

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia!

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana telah diberikan nafas oleh Maha Pencipta bagi meneruskan lagi perjuangan hidup kita. Semoga tuhan terus memberkati setiap liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri.

Kami dari Kursus Komunikasi dan Pengajian Media; kelas MC1102A telah melakukan lawatan ke sebuah badan bukan kerajaan di Klang. Badan ini dinamakan sebagai Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Orang Miskin Sungai Pinang. Sejarah ringkasnya badan ini asalnya merupakan sebuah pondok ilmu yang dibina oleh Tuan Haji Sirat pada tahun 1949. Beliau menubuhkan pondok ilmu ini untuk membantu golongan anak-anak yatim atau yang kurang berkemampuan dari serata Malaysia. Cetusan idea beliau diinspirasikan dari hidupnya sendiri yang lahir sebagai anak yatim serta kurang berkemampuan.



Pada era millenium, pertubuhan ini telah diwariskan oleh Ustaz Haji Bani. Beliau kini menguruskan hal-hal pentadbiran dibantu oleh beberapa orang kerani. 


Buat masa ini pertubuhan ini telah dihuni seramai 50 orang pelajar yang datang dari setiap pelusuk negara dan berstatus sekolah rendah hingga menengah.

Beberapa bangunan asas telah tersedia. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini masih memerlukan dana demi kelangsungan dan kejayaan mereka.